Sunday, December 27, 2009

Al Fatihah untuk mangsa Kemalangan Bas Sani Express

Sebelum ape ape, Sedekahkanlah alfatihah kepada jenazah 10 orang yang baru je lepas meninggal di Kemalangan jalan raya di IPOH, dan kepada semua umat islam yang telah meninggal dunia.



Petikan dari BERNAMA :~
 

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Sani Express Sdn Bhd sedia memberi pampasan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Ipoh, pada awal pagi Sabtu, bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu Abu Bakar Mohammad ketika dihubungi berkata sebagai tindakan segera, Sani Express akan menyediakan peruntukan khas buat setiap keluarga mangsa.

Beliau berkata pihaknya akan menghubungi keluarga mereka yang terlibat bagi tujuan penyaluran bantuan tidak lama lagi.

Katanya bas dua tingkat milik syrikat itu yang membawa 48 penumpang berada dalam keadaan baik sebelum ia memulakan perjalanan dari Klang, Selangor pada pukul 9 malam tadi menuju ke Kuala Perlis, Perlis.

"Bas berkeadaan baik dan diselenggara dengan baik. Bas itu juga dikunci had kelajuannnya pada 97 km/j dengan menggunakan alat khas yang dinamakan 'Speed Limiter'," katanya.

Abu Bakar berkata dengan menggunakan alat itu pemandu tidak boleh memandu melebihi had kelajuan yang ditetapkan atau mengubah alat terbabit untuk menambah kelajuan.

"Siasatan kami juga mendapati kelajuan bas yang dirakamkan sebelum kemalangan adalah 91 km sejam," katanya.

Mengulas mengenai tindakan yang akan diambil syarikat terhadap pemandu bas yang didakwa terlelap, beliau berkata tindakan susulan akan dibuat setelah laporan daripada polis berhubung punca sebenar kejadian diperolehi.

"Tindakan selepas ini bergantung kepada hasil siasatan polis. Jadi kena tunggu laporan (polis) itu dahulu," katanya.

Menurut Abu Bakar operasi bas milik syarikat itu juga masih berjalan seperti biasa.

Dalam kejadian pukul 1 pagi tadi, 10 penumpang bas dua tingkat Sani Express maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara.
__________________________________________________________________________________

Diwaktu ini, pampasan bukan lah benda yang menggembirakan mahupun pengubat apa yang hilang. Namun somehow it helps lar untuk orang yang baru kehilangan orang tersayang. Compare dengan yang hilang mak bapak sekaligus tu, adik beradik dier tentu sedih. tu lar aku slalu ingatkan diri aku, bahawa aku sebenarnya masih lagi beruntung kerana masih ada kasih sayang seorang ibu untuk berpaut. Tuhan itu selalu adil. yang penting waktu aku balik ke ipoh aritu, aku nampak lah bangkai bus Sani Express tu, hancuss kiri dan kanan, mungkin langgar divider jalan teruk kan~



Back to the story, aku baru jer masuk kelas Company Law, discuss tentang siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini. maka, ramai la yang bg jawapan, pemandu lar, undang@ lar, dan sebagainya, jawapan madam mudah. Tertakluk pada company Sani Express itu sendiri. haha~

Saturday, December 26, 2009

For those who celebr8 it~ Merry Chrismas Babe~

Version 1:
We wish you a Merry Christmas (x3)
and a Happy New Year.
REFRAIN
Good tidings we bring to you and your kin
We wish you a Merry Christmas and a Happy New Year.
Now! bring us some figgy pudding (x3)
and bring some out here.
REFRAIN
For we all like figgy pudding (x3)
so bring some out here.
REFRAIN
And we won't go until we've got some (x3)
so bring some out here.
REFRAIN
(Some versions print the refrain as "Glad tidings" instead of "Good tidings')
Version 2:
We wish you a Merry Christmas (x3)
and a Happy New Year.
REFRAIN
Good tidings to you, where ever you are
Good Tidings for Christmas and a Happy New Year
(The first line of the refrain can also be rendered as "Good tidings we bring, to you and to yours")
Oh, bring us a figgy pudding (x3)
and a cup of good cheer
REFRAIN
We won't go until we get some, (x3)
so bring it right here
REFRAIN
We wish you a Merry Christmas (x3)
and a Happy New Year
REFRAIN
The End Goodbye! See You Later! Bye!
Modern Variations of the Refrain Include;
Be near or be far, Where ever you are, We wish you a Merry Christmas and a Happy New Year!
For family, for friends, For peace among men (without end), We wish you a Merry Christmas and a Happy New Year!
The joy of his birth, brings peace upon earth, We wish you a Merry Christmas and a Happy New Year!

And Me Say : The young and the old, their stories are told, I wish you a Merry Christmas and a Happy New Year!

Wednesday, December 23, 2009

Hepi Bday Faisal~






Happy Birthday to You
Wishing you a Happy Birthday and many more to come.
I hope all your birthday dreams and wishes come true.
Not just a year older, but a year better.
Here's to another year of experience.
A simple celebration, a gathering of friends;
here is wishing you great happiness, a joy that never ends.
A birthday is just the first day of another 365-day journey around the sun.
Enjoy the trip.
Wishing you another wonderful year of happiness and joy. Happy Birthday!
The more candles, the bigger the wish.
Wishing you everything happy for your birthday.
I hope that for every candle on your cake you get a wonderful surprise.
Wishing you a very warm Birthday.
Happy Birthday and many happy returns of the day.

Hepi Birthday Faisal Shah. I owez sayang u as a frenz.. huhu~

Me say : Secret recipe and Mcd: Im lovin it~

Wednesday, December 16, 2009

Drama Takdir Tertulis





Takdir Tertulis..


Ak meminta kpd tuhan s'tangkai bunga segar..d'beri kaktus berduri..ak mnta kupu2 d'berinya ulat brbulu..ak sdih dan kecewa,namun kaktus itu brbunga indah sekali dan ulat itu pun m'jadi kupu2 yg sgt cntik..itulah jln tuhan..indah pda msanya..tuhan tdk mmberi apa yg kta hrpkan,tapi dia mmberi apa yg kita prlukn..kdg kala kita sdih,kecewa dan trluka..tp jauh d'atas sgalanya dia sdg m'ngatur yg trbaik dlm khdpan kita.. mungkin kisah ini sesuai untuk aku.. yang baharu kehilngan ayah pada 13november lepas. Ini yang menyebabkan aku semakin kuat, sebenarnya tuhan menduga aku nampaknya.. menduga aku dengan cara yang sangat berhikmah.. aku cuba menerima dengan redha..

Ayah aku mungkin tiada pangkat datuk dr tansri atau prof, tidaklah juga sekaya ayah orang lain, mungkin juga tidak sekacak fizz fairuz dalam nurkasih, tidak jugak sealim tok imam masjid, namun aku tahu theres sumthin special about him.. seriously, theres sumthin yang istimewa yang tiada pada orang lain.. dier insan yang paling kuat dan tabah dalam hidupnya.. dier sangat menyayangi keluarga yang dibina tatkala keluarga belahnya tidak semanis yang dia mahukan, dialah mendidik aku very different way, dier mendidik kami sekeluarga in his beautiful way, teamwork.. itulah kekuatan yang dier tinggalkan kapda kitorang untuk terus hidup. Dier membina legasi team yang maha hebat untuk menungkah arus masa depan yang tak pasti.. Dia jugalah ketua buat kami memacu kami dan bisnes dalam hidup. Dialah ratu hati, pengubat rindu walaupun dier tidak prnah memuji atau membangga dengan kejayaan kami. Dier insane yang paling tabah dalam dunia ini.. kerana? Kerana bukti yang amat mudah. Dier dah acapkali eksiden sebelum pemergiannya. Dier kuat, allah bagi kekuatan pada dier dalam meng ‘lead’ our team.. kes pertama eksiden dengan tokeh minyak BHP, sampai patah tulang rusuk kiri.. eksiden yang very macam macm lagi, namun dier cepat baik. Dan allah menduga dier dengan jatuh dari siling atas rumah (sewaktu membaiki rumah Pakcik Man kawan karibnya, sharing same birthday and register in bomba) which ramai cakap dier sepatutnya meninggal waktu tu.. tuhan maha adil dan saksama.. diberi peluang aku sekeluarga membela my lovely ever father sampailah allahyerham baik pulih, kalau nak cakap lar kan, kencing berak and mandi arwah kami lah adik beradik yang settlekan di usia muda ini.

Sempat juga tiga bulan alahyarham sewaktu patah tulang pelvik.. kami share love, care and sweetness of family sampai lah raya yang lepas kami gembira.. tuhan yang tahu betapa kuatnya bound kami sekeluarga.. semuanya berakhir setelah mendapat call pada 13hb 9pagi.. semua berubah sekelip mata. Tuhan dan tulis untuk menarik nikmat paling besar dalam hidup aku iaitu seorang bapa.. Allahyarham Nassir Hj Pathil telah kembali ke rahmatullah pada 5.05minit etang dihari jumaat di hospital ipoh.. tempat yang dulu aku paling takot untuk merasainya.. tempat aku paling avoid untuk pergi.. tak sangka, pagi jumaat tu juga call yang terakhir dari bapak aku ku sangkakan rupa rupanya call memberitahu khabar paling sedih dalam hidup aku. Menyentap aku separah parahnya.. dan sentapan itu maha dahsyat hanya allah yang tahu betapa sakitnya untuk mempercayai takdir tertulis ini.. betapa maha agungnya tuhan menciptakan perasaan maha sakit sehingga sukar dan tak tertanggung oleh aku, ibuku dan adik beradikku.. bukan nak propa lar, tekak aku dahaga ibarat dahagakan air dari dajal rasanya sewaktu itu, aku tak percaya takdir ini tertulis untukku..

Di wad 2A, General Hospital Ipoh, aku ajar ayah aku mengucap dua kalimah mengingti allah buat kali terakhir dan raungan adik beradik perempuanku 2orang yang baru pulang dari politeknik yang sama, raungan 2kakakku yang baru semalam bermadu kasih manja dengan ayahku, tangisan seorang isteri yang lebih 25tahun berumahtangga bersama dan tangisan adik adam yang kecil 11tahun, dan aku sahaja yang mmendam airmata kaku ini kerana nak menyimpan secebis kekuatan dan ketabahan agar semua perempuan dalam keluarga aku boleh menumpang ketabahan seorang abang atau anak lelaki yang paling sulung. Benar.. berat mata memandang, berat bahu memikul.. seberat itulah aku pikul ketabhan dalam takdir yang tertulis ini.. kupendam seribu duka yang aku sendiri tk mampu menangungya.. yaallah,, secebis kekuatan dan ketabahan dari ayahku inilah juga pengubat akak adik dan ibuku untuk menerima ketentuan ilahi..

Kerana ini kes kemalangan, allahyarham terpaksa di checkup dan post mortem (takder la belah belah, tangkap gambar je) untuk police report. Jenazah dibawa kerumah pada 8mlm dn disitu lah rutin baru hari baru saat baru bermula. Akulah ayah bagi semua ahli keluargaku. Aku mengalas cabaran mahahebat dari tuhan. Misi dan visi yang baru. Ye benar, dalam hati aku masih tertusuk tusuk segala macam rasa, tapi as a leader, pendamkan ia, jgn hirau diri sendiri, we need to muv on. Aku membaca bersilih ganti dengan adik beradik dan pakcik aku surah yasin dan alquran untuk arwah ayahku. Tanpa aku tidur, inilah hari trakhir aku menemani ayahku, hari terakhir yang pasti tiada galang ganti yang menjadi memori luka buat aku. Paginya aku siapkan segala urusan pengebumian dibantu oleh pakcik jamal, kawan baik arwah abah.. disinilah ilmu fardu kifayanh yang aku baru belajar, dulu akulah paling takut kapur barus, setanggi dan air mawar dan akulah sekarang yang uruskan semua itu..

Potong kain kapan buat jubah sehinggalah memandikan jenazah ayahku. Part ini paling aku sadis, I realy dun believe y? y aku yang memandikannya di usia muda.. takdir yang tertulis ini agak kejam untuk aku terima. Segala perasaan bercampor baur.. dibisik pula tengan godaan syaitan tapi aku tak mahu prgi jauh, aku tak layan, setelah dikapankan semua ahli keluargku cium, aku cium yang terakhir dan aku rasa sejuknya dahi ayahku.. oh tidak.. ciuman terakhir itulah yang aku rindui sehingga ke hari ini.. abah. Luv u more, apis akan sentiasa mengingati dan sedekahkan doa dan segala yang apis mampu lakukan abah, abah boleh pergi dengan tenang, sebab abah dah lahir dan didik anak yang betul abah, untuk abah..

Jenazah ayahku disembahyangkan di rumah dan disurau taman meru, ya allah, rupanya hamper 2000 orang yang datang untuk member penghormatan terakhir.. dan aku mengapit ayahku naik van jenazah ke surau teruslah ke pusat perkuburan meru raya. Dan dalam pukul 10pagi, abah dah pon selamat dikebumikan..

Takdir tertulis ini amat dahsyat untuk diterima, namun sebagai manusia, allah dah pun menduga tentu ada tujuannya, sebegitu juga dengan kesah ak m'minta kpd tuhan s'tangkai bunga segar..d'beri kaktus berduri.. aku minta ayah aku sentiasa bersama dan biarlah dia pergi bila aku bersedia.. ak mnta kupu2 d'berinya ulat brbulu..aku mintak kami semua hidup bahagia sehingga akhir usia.. tapi seawall usia 50tahun ayahku dah pon tiada.. ak sdih dan kecewa,namun kaktus itu brbunga indah sekali dan ulat itu pun m'jadi kupu2 yg sgt cntik..itulah jln tuhan..indah pda msanya..tuhan tdk mmberi apa yg kta hrpkan,tapi dia mmberi apa yg kita prlukn.. dan ini kebenaran hakiki, aku sedar, sepanjang ayahku ada, aku tak pernah ada rasa tanggungjawab dalam keluarga, dan tibalah masa untuk aku menjadi tabah, setabah abah, dan kuat, sekuat abah menjalani hari sengsara dulu..kdg kala kita sdih,kecewa dan trluka..tp jauh d'atas sgalanya dia sdg m'ngatur yg trbaik dlm khdpan kita.. aku tahu allah nak tunjukkan aku jalan terbaik, aku kene terokai sendiri..
Doaku setiap hari, ya allah, ampunilah dosaku, ampunilah dosa abahku, ampunilah dosa ibuku, ampunilah dosa adik beradikku, ampunilah dosa seluruh umat islam yang masih hidup dan yang sudah meninggal dunia, berikanlah hidayah kepada aku dan mereka, masukkanlah aku dan mereka kedalam syurga, jauhilah aku dan mereka dari azab api neraka. Berikanlah aku dan ahli keluargaku kekuatan menempuh hari mendatang ya allah.. janganlah kau member halangan atas doaku ini ya allah.. ya rabbal alamin..

Me Say: Al Fatihah.(Bacalah dengan ikhlas) Drama Takdir Tertulis ini maha hebat untuk aku jiwai, sebagai pelakon dalam pentas dunia, watak ayah aku dah dimatikan pada 13November 2009, dan sebagai mencari anak wayang terbaik dalam pentas dunia, segala amalan dan tindakan menjadi kayu pengukur, bukan undian dari pelakon lain mahupun penonton. Selamat menjadi yang terbaik. Abah, Luv u more.. Selagi apis sentiasa mengingati dan mendoakan abah, abah kekal sebagai pelakon trbaik dihati apis, ibu dan adik beradik. Youre great man dad!




Tuesday, December 15, 2009

~Walimatul Urus Simaa Atiqah~









~Picca of  Simaa Wedding~

Shes actually ExMadidian Batch 2001-2003 (Form 1 - Form 3) 
She has no Facebook, Blog or any Social Networking, 
im assuming that all of you get the invitation and this is some of the pic.. 
Simaa Contact  Number: 0194119556

Monday, December 14, 2009

INVITATION to a PUBLIC LECTURE

INVITATION to a PUBLIC LECTURE by Dr Jomo Kwame Sundaram on Wednesday, 16 December 2009



Dear Friends,
Strategic Information and Research Development Centre and Youth for Change cordially invite you to a Public Lecture by the well-known public intellectual, Dr Jomo Kwame Sundaram of the United Nations’ Department of Economic and Social Affairs.

Details of the lecture are as follows:
Title: When will we ever learn? Has Malaysia learnt the correct lessons from past crises?
Date: Wednesday, 16 December 2009
Time: 7.30pm
Venue: Hotel Singgahsana, Persiaran Barat, off Jalan Sultan, 46760 Petaling Jaya (next to Taman Jaya LRT Station)
Admission: FREE
The Topic


The world is still struggling to emerge from the longest and deepest financial crisis in six decades. For every piece of optimistic news about recovery there are stories of setbacks and worsening downturns. Asia has been here before. A decade ago, the Asian financial crisis swept across the region. It not only prompted some rethinking of how to ‘manage’ financial crises but also stimulated some serious rethinking about the character of the development model in Asia. Lessons were learnt and new policy and institutional frameworks were put into place. But the severity of the current crisis begs a question: did politicians and policymakers really learn the right lessons from ten years ago? This is the burning question that is addressed in Jomo’s important public talk.

The Speaker
Jomo is one of the world’s leading thinkers on questions of development — not just development economics but also the policy commitments and institutional frameworks for international cooperation that are necessary to deliver both reform and sustainability. From his position at the United Nations he is able to shape debates and influence their outcomes. At the same time, he remains profoundly committed to building longstanding solutions to the most pressing problems that face the world today - environmental degradation and climate change, financial disorder and continuing uneven development. Come and listen to him offer important reflections on what has gone wrong and what might be done to advance a progressive agenda.

Feel free to circulate this invitation and notice to your colleagues and friends.










Sunday, December 13, 2009

Tahajud Cinta by Hafiz


Tajuk/Lirik Lagu: Tahajjud Cinta
Penyanyi/Artis: Siti Nurhaliza



Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga



Me: Allah datang dengan any shape or anything and guide me..


Ku haus di tengah laut
Lemas mencari tempat berpaut
Kirimkan aku kekuatan

Serta pedoman dikesesatan

Me: Terlalu lama aku lemas dalam hidup aku..
acapkali aku berdoa hidayah dan peluang untuk aku tak pergi jauh..


Ku sunyi dalam gembira
Perih pedih tanggung derita
Sungguh aku bukan wali

Yang suci dari hina dan benci

Me: Benda yang sama, aku sesat dalam pilihan sendiri,
walau aku tahu ia dalam kesesatan, kupilih jua demi keseronokan dan hilaitawa..


Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya

Tunjukku ke jalan syurga..

Me: Allah tolonglah pangku dan pautlah aku agar tidak jauh denganmu..



Terlalu lama aku mencuba
Terlalu banyak cinta yang ku damba
Tiada yang sempurna hanyalah fana
Tuhan.. ampuni hambaMu


Me: Aku bukan hanya meminta, tapi mencoba dan mencari sinar hidayah dariMu..


Kau datang ketika duka
Dan bintang bercahya
Tunjukku ke jalan syurga..

Ku rebah di dada malam
Memecah dendam yang lama diam
Ku tanggalkan baju dunia
Dakapku dengan selimut syurga


Me: Aku mencari juga nikmat dunia takut kelam,  takot kabut tak dipandang,
aku cari dan kejar nikmat dunia yang palsu kerna itu ukuran dunia bukan ukuranMU..


Ya Tuhanku hanya padaMu
Tempat mengadu segala rindu
Limpahiku rahmat kasihmu
Dalam Tahajjud Cinta bersujud


Me: Ya Allah Ya Tuhanku, padamu aku memohopn padamu aku berlindung..
doaku agar tak menjauh pergi dariMU..